Subject: Rahsia Solat Awal Waktu
Oleh Saidati Bt Mat Jusoh *2009
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang
boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna
alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam
adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada
dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan
komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama
kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda
tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku
dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata
lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam
pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning
menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai
rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya
akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada
warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan
roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh
orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan
ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-
eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot,
saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke
warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan
selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini
dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah
malam, alam mula bersinar kembali dengan warna
putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana
ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan
dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat
dengan warna alam. Manusia kini sememangnya
telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan
inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah
meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah
di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa
perlu kita memikirkan bagaimana hendak
menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan
penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia
yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Comments
Post a Comment
Please write you coment.