Skip to main content

Membangun Aceh dengan Wasiat Raja


Penulis: Fithriady Ilyas

Dalam perjalanan individu, keluarga, masyarakat dan negara, sejarah merupakan modal dan inspirasi dalam meraih kecemerlangan di masa yang akan datang. Melupakan dan meninggalkan sejarah gerbang menuju sebuah kehancuran. Bagaimana tidak, Ia akan jatuh ke dalam lobang yang sama dua kali.
Aceh memiliki sejarah yang cukup kaya, baik sejarah keemasan dan sejarah kehancuran. Dimana dapat menjadi teladan dan pembelajaran dalam membangun Aceh masa kini dan yang akan datang.



Dalam Wasiat Sultan Aceh kepada pemimpin-pemimpin Aceh dinyatakan bahwa :

“KEWAJIBAN RAKYAT KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM:
Bismillahirrahmanirrahim,
Amma ba'du
Maka inilah pohon kerajaan Aceh Bandar Darussalam.
Mulai terdiri Kerajaan Aceh Bandar Darussalam iaitu pada tahun 913 Hijriah pada tanggal 12 Rabi'ul Awwal hari Ahad bersamaan 23 Julai, 1507;
Atas nama yang berbangsawan bangsa Aceh iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali Ibrahim Mughayat Syah Johan Berdaulat.
Maka pohon kerajaan mulai tersusun oleh yang berbangsawan tersebut hingga sampai pada kerajaan puteranya yang kuat iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Mahmud Al-Qahhar Ali Riayat Syah:
Kemudian hingga sampai pada masa kerajaan cicitnya iaitu Raja yang lang-gemilang gagah perkasa yang masyhur al-mulaqaab Paduka Seri Sultan Al-Mukarram Sultan Alauddin Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa Alam Syah Johan Berdaulat Zilullah Fil Alam;
Iatiu telah ijmak keputusan sabda muafakat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam beserta alim ulamak dan hulubalang dan menteri-menteri;
Iaitu telah ditetapkan dia dan telah difaftarkan dan iaitu dengan sahih sah dan muktamad dengan memberitahu dan diperintahkan dia dengan mengikut dan menurut menjalankan dan melaksanakan oleh seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya iaitu diwajib difayahkan di atas seluruh rakyat Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya.
Bahawasanya kita semuanya satu negeri bernama Aceh dan berbangsa Aceh dan berbahasa Aceh dan kerajaan Aceh dan alam Aceh;
Yakni satu negeri satu bangsa dan satu kerajaan dan satu alam dan satu agama yakni Islam dengan mengikut syariah Nabi Muhammad SAW;
Atas jalan ahlu-Sunnah wal Jamaah dengan mengambil hukum daripada Qur'an dan Hadis dan qias dan ijmak ulamak ahlu-sunnah wal jamaah;
Dengan hukum dengan adat dengan resam dengan kanun iaitu syarak Allah dan syarak Rasullulllah dan syarak kami;
Bernaung di bawah Alam Merah Cap Peudeung lukisan warna putih yang berlindung di bawah panji-panji Syariat Nabi Muhammad SAW;
Dari dunia sampai ke akhirat dalam dunia ini sepanjang masa:
1. Pertama diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang lelaki lagi mukaallaf dan bukan gila iaitu hendaklah membawa senjata ke mana-mana pergi berjalan siang-malam iaitu pedang atau sikin panjang atau sekurang-kurangnya rincong tiap-tiap yang bernama senjata.
2. Kedua tiap-tiap rakyat mendirikan rumah atau masjid atau baleeh-baleeh atau meunasah maka pada tiap-tiap tihang di atas puting di bawah bara hendaklah di pakai kain merah dan putih sedikit yakni kain putih.
3. Ketiga diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh iaitu bertani utama lada dan barang sebagainya.
4. Keempat diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengajar dan berlajar pandai emas dan pandai besi dan pandai tembaga beserta ukiran bunga-bungaan.
5. Kelima diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang perempuan iaitu mengajar dan belajar membikin tepun (tenun) bikin kain sutera dan kain benang dan menjaid dan menyulam dan melukis bunga-bunga pada kain pakaian dan barang sebagainya.
6. Keenam diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar jual-beli dalam negeri dan luar negeri dengan bangsa asing.
7. Ketujuh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar ilmu kebal.
8. Kedelapan diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang laki-laki mulai taklif syarak umur lima belas tahun belajar dan mengajar main senjata dengan pendekar silek dan barang sebagainya.
9. Kesembilan diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh dengan wajib ain belajar dan megajar ilmu agama Islam syariah Nabi Muhammad SAW atas almariq ( berpakaian ) mazhab ahlu-sunnah wal jamaah r.ah ajmain.
10. Kesepuluh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh menjauhkan diri daripada belajar dan mengajar ilmu kaum tujuh puluh dua yang di luar ahli sunnah wal jamaah r. ah ajmain .
11. Kesebelas sekalian hukum syarak yang dalam negeri Aceh diwajibkan memegang atas jalan Mazhab Imam Syafi'i r.a. di dalam sekalian hal ehwal hukum syarak syariat Nabi Muhammad SAW. Maka mazhab yang tiga itu apabila mudarat maka dibolehkan dengan cukup syartan ( syarat ). Maka dalam negeri Aceh yang sahih-sah muktamad memegang kepada Mazhab Syafi'i yang jadid.
12. Keduabelas sekalian zakat dan fitrah di dalam negeri Aceh tidak boleh pindah dan tidak diambil untuk buat bikin masjid-masjid dan balee-balee dan meunasah-meunasah maka zakat dan fitrah itu hendaklah dibahagi lapan bahagian ada yang mustahak menerimanya masing-masing daerah pada tiap-tiap kampung maka janganlah sekali-kali tuan-tuan zalim merampas zakat dan fitrah hak milik yang mustahak dibahagi lapan.
13. Yang ketigabelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh membantu kerajaan berupa apa pun apabila fardhu sampai waktu datang meminta bantu.
14. Keempatbelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar mengukir kayu-kayu dengan tulisan dan bunga-bungaan dan mencetak batu-batu dengan berapa banyak pasir dan tanah liat dan kapur dan air kulit dan tanah bata yang ditumbok serta batu-batu karang dihancur semuanya dan tanah diayak itulah adanya.
15. Kelima belas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar Indang Mas di mana-mana tempatnya dalam negeri.
16. Keenambelas diwajibkan di atass sekalian rakyat Aceh memelihara ternakan seperti kerbau dan sapi dan kambing dan itik dan ayam tiap-tiap yang halal dalam syarak agama Islam yang ada memberi manfaaf pada umat manusia diambil ubat.
17. Ketujuh belas diwajibkan ke atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan khanduri Maulud akan Nabi SAW, tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjung ganti-berganti makan khanduri maulut.
18. Kedelapanbelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa hendaklah pada tiap-tiap tahun mengadakan Khaduri Laut iaitu di bawah perintah Amirul Bah yakni Panglima Laot.
19. Kesembilanbelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan Khanduri Blang pada tiap-tiap kampung dan mukim masing-masing di bawah perintah Penglima Meugoe dengan Kejrun Blang pada tiap-tiap tempat mereka itu.
20. Keduapuluh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian kain sutera atau benang atau payung dan barang sebagainya yang berupa warna kuning atau warna hijau tidak boleh memakainya kecuali yang boleh memakainya iaitu Kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib yakni sekalian syarif-syarif dan sayed-sayed yang turun menurun silsilahnya daripada Saidina Hasan dan Saidina Husin keduanya anak Saidatina Fatima Zahra Nisa' Al-Alamin alaihassalam binti Saidina Rasulullah Nabi Muhammad SAW; dan warna kuning dan warna hijau yang tersebut yang dibolehkan memakainya iaitu sekalian kaum keluarga ahli waris Kerajaan Aceh Sultan yang raja-raja dan kepada yang telah diberi izin oleh kerajaan dibolehkan memakainya; kepada siapapun.
21. Keduapuluhsatu diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa jangan sekali-kali memakai perkataan yang hak kerajaan: Pertama titah kedua sabda ketiga Karunia keempat Nugerahi kelima Murka keenam Daulat ketujuh Seri Pada ( Paduka ) kedelapan Harap Mulia kesembilan Paduka Seri kesepuluh Singgahsana kesebelas Takhta keduabelas Duli Hadrat ketigabelas Syah Alam keempatbelas Seri Baginda kelimabesar Permaisuri keenambelas Ta.

Maka demikianlah sabda muafakat yang sahih-sah muktamad daripada Kerajaan Aceh Bandar Darussalam adanya.

Maka hendaklah menyampaikan sabda muafakat keputusan kerajaan kami oleh Hulubalang Menteri kami kepada sekalian rakyat kami ke seluruh Aceh iaitu daerah-daerah dan mukim-mukim dan kampung-kampung dan dusun-dusun timur dan barat tunong dan baruh kepada sekalian imam-imam dan kejrun-kejrun dan datuk-datuk dan kechik-kechik dan wakil-wakil dan sekalian orang yang tuha-tuha dan muda-muda dan sekalian orang yang ada jabatan masing-masing besar dan kecil menurut kadarnya dan ilmunya;

Iaitu mudah-mudahan insya Allah ta'ala dapat selamat bahagia sekalian umat manusia dalam negeri Aceh Bandar Darussalam khasnya dan Aceh jajahan takluk amnya iaitu siapa menjadi manusia yang baik dan berkelakuan yang baik serta tertib sopan majlis dan hormat mulia yang sempurna dengan berkat syafaat Nabi SAW supaya terpeliharalah bangsa kami Aceh dan negeri kami Aceh daripada mara dan bahaya dengan selamat sejahtera bahagia sepanjang masa dan jauh daripada lembah kehinaan dan kesusahan sepanjang hidup;

Supaya terpeliharalah negeri kami Aceh dan alam kami Aceh dan bangsa kami Aceh dengan usaha yang banyak supaya dapat mesra kesenangan bersama-sama iaitu antara rakyat dengan kerajaan dengan bersatu seperti nyawa dengan jasaad serta dengan taqwa dan tawakkal kepada Allah ta'alaa dengan menahan sabar daripada kepayahan maka tentu akhirnya insya Allah ta'ala dapat jadi kebajikan bersama-sama dengan saudara-saudara-saudara Islam yang dalam negeri Aceh dengan berkasih-kasihan dengan mengikut Syarak Allah dan Syarak Rasul dan Syarak Kerajaan.
Sanah 1272 Hijriah ( 1855 Masehi )”

Dari duapuluh satu kewajiban yang diuraikan dalam Wasiat Raja Aceh di atas, mengerucut kepada lima nilai yang harus ditanam dan dijalankan bagi setiap insan Aceh dalam mewujudkan Aceh maju dan bermartabat, yaitu;Pertama, berani, yang terkandung di dalam poin satu, tujuh dan delapan; Kedua, disiplin, yang termaktub dalam poin dua, sembilan, sepuluh, sebelas, duabelas, tiga belas, duapuluh dan duapuluh satu; Ketiga, rajin, yang tertulis di dalam poin tiga, empat, lima, enam, empatbelas, limabelas, dan enambelas; Keempat, amanah, yang tertuang dalam poin duabelas dan tujuhbelas; Kelima, setia, yang tertera dalam poin dua, tigabelas, tujuhbelas,delapanbelas, sembilanbelas, duapuluh, dan duapuluh satu.

Sebuah Perbandingan dan Analisa
Sebab dan faktor kemajuan yang dicapaiArab pada masa Muhammad Saw., Jepang, Korea Selatan, Taiwan, dan Aceh pada masa Iskandar Muda adalah karena mereka mengimplementasikan dan menjalankan nilai-nilai muru’ah (Arab), bushido (Jepang), hwarang (Korea Selatan), jinsheng (China Taiwan), dan wasiat Raja Aceh dalam kehidupan mereka.Dimana nilai-nilai yang terkandung di dalamnya adalah berani, amanah, rajin, setia, dan jujur.
Sebagai contoh, kemajuan Jepang dalam bidang ekonomi dan teknologi dewasa ini tidak terlepas dari pengawasan dan kendali lima buah perusahaan besar, yaitu Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo dan Dai-Ichi Kangyo (C. Itoh).Dimana kelima ketua perusahan tersebut dipimpin oleh seorang ronin .Semua Ronin yang memimpin ke lima-lima perusahaan besar tersebut yang digelar dengan 'zaibatsu' tidak memiliki pengalaman dalam bidang perdagangan dan bisnis, tidak memiliki latara belakang ilmu sains dan teknologi dan tidak terdidik dalam bidang manajemen. Yang ada pada mereka ialah semangat “bushido” semangat yang ditanam dalam setiap anggota samurai .
Realitas Aceh Sekarang
Dari kelima nilai dalam Wasiat Raja Aceh, yang tertinggal dan yang dijalankan oleh insan Aceh hanyalah nilai berani.Keberanian rakyat Aceh sekarang diwujudkan dalam hal yang negatif, sehingga berakibat pada lahirnya hukum rimba yang menyengsarakan rakyat. Misalnya, keberanian tidak menjalankan amanah, tidak jujur, dan tidak disiplin yang berdampak pada sembarautnya manajemen dan birokarasi pemerintahan serta munculnya korupsi baik di tingkat provinsi maupun kabupaten kota. Maka, sangat wajar apabila Aceh menempati rangking ketiga tertinggi korupsi dibandingkan dengan provinsi-provinsi lain yang ada di Indonesia (Harian Aceh. Com: 2012). Belum lagi keberanian tidak jujur yang dilakukan oleh para kontraktor yang berakibat pada munculnya proyek-proyek fiktif dan pembangunan asal jadi (Harian Aceh. Com: 2011).Ditambah lagi sifat malas berkarya yang menggerogoti di kalangan insan Aceh.Sehingga, tidak heran apabila pekerja pembangunan harus didatangkan dari luar Aceh, kebutuhan hidup wajib diimpor dari Medan dan budaya meminta-meminta telah menjadi sebuah profesi yang digemari.
Realitas yang demikian pelik dan kelam ini berdampak pada hilangnya harga diri insan Aceh sendiri dan menjadikan Aceh sebuah bangsa yang tidak mandiri dan dipandang sebelah mata.
Aksi Pemerintah Aceh Baru
Merubah pola fikir, mental dan budaya insan Aceh yang tidak beradap lagi, tidak lah semudah membalikkan telapak tangan.Namun, Pemerintah Aceh Baru harus optimis untuk dapat merubahnya.Dimulai dari ZIKIR sendiri dengan merealisasikan Wasiat Raja Aceh dalam menjalankan roda pemerintahannya.Selanjutnya, membuat sistem manajemen yang berbasis nilai-nilai yang terkandung Wasiat Raja Aceh, dimana reward dan punishmentnya jelas dan diberlakukan kepada siapa saja tanpa memandang bulu.
Kemudian, merealisasikan Univeritas Aceh yang memiliki misi integritas, islamisasi, internasioalisasi, dan pemahaman yang sangat bagus di Aceh adalah sebuah keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.Karena, melalui lembaga pendidikan ini, Aceh mampu bangkit dari keterpurukan ekonomi, pendidikan dan pola fikir yang kurang beradab.
Kalam Akhir
Tidakdiragukan lagi bahwa membangun ekonomi dan negara dibutuhkan ilmu dalam bidang manajemen dan perdagangan.Artinya, apakah insan yang tidak memiliki latar belakang ilmu pengetahuan alam tidak memiliki peran dalam pembangunan ekonomi dan bangsa?Akan tetapi, realitanya, yang merusak ekonomi dan pembangunan mereka yang berlatar belakang pendidikan tinggi. Sedangkan, mereka yang lulusan pendidikan rendah dan yang tidak mengenyam pendidikan sama sekali, mereka akan menjadi perampok yang mudah untuk diringkus. Itulah sebabnya keterpurukan ekonomi yang melanda negara Eropa seperti Yunani dan Spanyol akibat ulah penyalahgunaan kekuasan, penyelewengan dan penipuan terbesar yang dilakukan oleh tenaga professional dan yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi.
Dengan demikian, pembangunan sebuah negara memang tidak dapat direalisasikan tanpa adanya orang yang berilmu.Namun, dengan adanya pemimpin yang amanah, jujur, rajin, disiplin dan setia dalam sebuah bangsa dapat mengupah tenaga professional yang baik yang tidak berani menyeleweng, walaupun ia bukan dari bangsa kita sendiri. Artinya, lebih baik bangsa asing yang tidak khianat dari pada bangsa sendiri yang durhaka.
Akan tetapi, yang terbaik sekali adalah jika kita memiliki tenaga kerja dari bangsa sendiri yang berilmu dan beriman. Yaitu, tenaga kerja yang memiliki nilai-nilai murni yang dituntut oleh semangat Bushido, Hwarang, Jinsheng, dan Muru'ah. Bagi insan Aceh yang berpegang dan menjalankan kepada Wasiat Raja Aceh.

Comments

Popular posts from this blog

Negara Oman

Tak ada kesulitan sama sekali mengurus dokumen keimigrasian ke Oman terkesan sangat lancar dan mudah. Pekan terakhir Desember tahun lalu, saya dan delegasi dari Undip yang hendak melakukan negosiasi kerja sama akademik dan join-research dengan Sultan Qaboos University (SQU) di Muscat, Oman cukup berkomunikasi jarak jauh dengan pihak universitas. Hanya saling ber-email semuanya sudah beres. Oman termasuk negeri yang unik karena mempunyai dataran tinggi dan rendah dengan nuansa gurun plus pantai. Itu kombinasi landskap yang cantik. Kita bisa menikmati Taman Riyam di pinggir pantai bersama keluarga atau teman sambil menikmati kebab dan chicken tika, kopi Omani atau Mc Donald maupun Pizza. Ada tempat rekreasi pantai untuk publik di Marina Bandar Rowdha berdekatan dengan Marine Science and Fisheries Centre (Pusat Penelitian Perikanan Oman). Sebagai negeri gurun pasir, Oman dua musim, yaitu dingin dan panas.

Kisah Warga Pedalaman Keturunan Raja Ubiet

"Hanya Bisa Mengaji, Berobatpun dari Tanaman Hutan" Pagi menjelang siang di Pucuk Krueng Hitam atau Gunung Ijo. Kabut masih enggan beranjak, sehingga sinar matahari belum menembus ke permukaan tanah. Namun, geliat masyarakat pedalaman keturunan Raja Ubiet, telah beranjak menuju ladang yang merupakan satu-satunya mata pencaharian masyarakat setempat. Warga pedalaman keturunan Raja Ubiet pun terbiasa menikmati dan memanfaatkan hasil hutan, tetapi tidak merusak hutan, begitu kata mereka.Kesibukan pagi pun di mulai. Pihak laki-laki bekerja ke ladang, sementara sang perempuan disibukkan dengan pekerjaan rumah tangga, meski sesekali ikut membantu sang suami.

SEJARAH PERNYATAAN PERANG ACEH DENGAN BELANDA

Jika dibuka kembali sejarah perjalanan konflik Aceh, dapat disebut bahwa tanggal 26 Maret 1873 merupakan akar munculnya persoalan Aceh, yang masih terasa imbasnya sampai sekarang. Kerajaan Belanda melalui Nieuwenhuyzen, Komisaris Gubernemen Belanda mengeluarkan maklumat dan pernyataan perang terhadap kerajaan Aceh tepat tanggal 26 Maret 1873 di atas sebuah kapal perang Citadel van Antwerpen bersamaan dengan pendaratan perdana serdadu Belanda di sekitar Ulee Lhe, Banda Aceh. Pernyataan perang ini dikeluarkan karena kerajaan Aceh tidak mau tunduk di bawah dominasi Belanda, tidak mau melepaskan kewenangannya mengontrol selat malaka. Belanda bahkan menuding pejuang Aceh telah melakukan perompakan di selat Malaka tersebut, dan melakukan sabotase atas kapal-kapal dagang Belanda. Tak hanya itu, tindakan kerajaan Aceh membangun hubungan diplomatic dengan Kerajaan Turki serta dengan beberapa Negara lainnya seperti Perancis, Italia dan Amerika membuat kerajaan Belanda sangat marah dan mendorong