Skip to main content

JEJAK RASUL TV3 KE 11 - SEJARAH ACHEH

FENOMENA MASJID BAITURRAHMAN DI BANDA ACHEH

Saya begitu tertarik dengan fenomena Masjid Baiturrahman di Banda Acheh masih tegak gagah berdiri walaupun struktur-struktur bangunan lain tersungkur ditelan tsunami. Ini adalah pertanda kebesaran Allah swt.





Bagi saya, secara peribadi, b erdirinya Masjid Baiturrahman adalah simbolik terhadap keunggulan Islam di Acheh sejak bangunan asalnya dibina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam kira-kira 700 tahun yang lampau. Dan selama itulah Bangsa Acheh telah melakar sejarah gemilang meskipun terpaksa melalui perjuangan getir bermula dengan penetangan terhadap Portugis, kemudian Belanda dan terkini perjuangan mendapatkan kuasa autonomi dari Republik Indonesia. Kita hanya akan memahami kepentingan Acheh apabila kita faham akan sejarah kegemilangan Acheh itu sendiri.



NEGARA ACHEH DARUSSALAM



Kegemilangan Acheh bermula selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Sultan Ali Al Mughayat Shah (1507 – 1522), pengasas NEGARA ACHEH DARUSSALAM, bertindak bijak dengan menurunkan cukai pelabuhan Acheh untuk menarik pedagang dari pelabuhan Melaka yg dikuasai Portugis.



Penggantinya, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636) melakukan reformasi perdagangan dengan menaikkan cukai eksport di samping mendekatkan Pelabuhan Sumatera dengan Acheh agar kepentingannya tidak dirugikan. Dasar liberal & keamanan yg terjamin ini telah menjadikan Acheh sebagai pelabuhan tumpuan baru di Selat Melaka.



PERANG DENGAN PORTUGIS



Semangat jihad yang mendalam telah menjadikan Acheh sebagai "power broker" Islam yg baru di Nusantara selepas kejatuhan Melaka. Di bawah pimpinan Sultan Alaudin Ri'ayat Shah, Acheh telah berjaya menewaskan Portugis beberapa kali sehingga Baginda digelar Al-Qahhar (Yang Menang). Hasilnya, sebahagian besar Sumatera jatuh ke tangan Acheh dan ini telah menjadikan Acheh sebagai sebuah pusat perdagangan entreport yang berjaya.




Di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636), wilayah di Semenanjung seperti Perak (1573), Kedah & Pahang telah berjaya ditakluki sebagi strategi untuk mengepung Portugis di Melaka dari darat & laut. Di antara 1573 – 1627, Baginda telah melancarkan perang jihad terhadap Portugis sebanyak 16 kali tetapi kesemuanya gagal kerana kekukuhan benteng mereka.



PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA



Kedudukan Acheh sebagai pembela Islam di Nusantara mendapat pengiktirafan antarabangsa:



Sultan Salim II (1566 - 1573) dari Kerajaan Islam Usmaniyah di Istanbul, Turki yg merupakan "world super power" pada zaman itu telah menganugerahkan gelaran Sultan kepada raja Acheh & mengirimkan 40 orang penasihat tentera ke Acheh.



Penggantinya, Sultan Murad III (1573 – 1596) telah memberikan gelaran "Serambi Mekah" kepada Acheh.



Kerajaan Islam Moghul di India juga memberikan pengiktirafan mereka dengan menghantar panglima & penasihat perang ke Acheh.



PERANAN ULAMA



Golongan ulamak memainkan peranan penting di dalam bidang pemerintahan & intelektualisme seperti:



· Syeikh Hamzah Al Fansuri (sekitar 1550 – 1600) – satu-satunya tokoh yang menggegarkan alam intelektual kerana sifat-sifat intelektualisma & keberanian yang menonjol di dalam karya-karyanya. Beliau dianggap sebagai Bapa Sastera Melayu Moden & Pelopor Sya'ir Melayu oleh Prof Sayyid Naquib Al-Attas. Pengaruh dari tokoh wali besar Islam, Syeikh Abdul Qadir Jailani dalam dirinya dapat dilihat dari bait sya'ir beliau ini;



Hamzah nin asalnya Fansuri

Mendapat wujud di tanah Sahr-Nawi

Beroleh khalifat ilmu yg aliyy (tinggi)

Daripada Abdul Qadir Jailani



· Syeikh Shamsuddin As Sumatrani – anak murid kepada Syeikh Hamzah Al Fansuri. Menjadi Perdana Menteri di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.



· Syeikh Abdul Rauf Singkel – menjadi Perdana Menteri semasa pemerintahan Sultanah Safiatuddin Tajul Alam (1645 – 1675) & bertanggungjawab membina semula pentadbiran Acheh yang hancur akibat perang dengan Portugis di Melaka (1629). Beliau juga dikenali dengan nama Tengku Syiah Kuala kerana mengajar & mendirikan madrasah di Kuala Sg Acheh sekembalinya dari berguru di Mekah, Madinah & Jeddah. Beliau adalah pelopor kegiatan Tafsir Al-Qur'an di Alam Melayu melalui kitab Tafsir Al Baidhawi yang sehingga kini masih diterbitkan di Mesir. Sebagai mengenang jasa & menghormati peribadi beliau, namanya diabadikan pada sebuah universiti di Acheh iaitu Universiti Syiah Kuala.



· Syeikh Bukhari Al Jauhari – pelopor bidang politik melalui kitab Tajus Salatin (1603). Buku ini mempunyai pengaruh mendalam terhadap karya-karya penulis terkemudian seperti Bustanus Salatin (1638) oleh Syeikh Nuruddin Ar Raniri & Sulalatus Salatin (1612) oleh Tun Seri Lanang.



· Syeikh Nuruddin Ar Raniri – menghasilkan banyak karangan bermutu di dalam bidang Fiqh (perundangan Islam), Usuluddin (Tauhid atau Theology Islam), Hadis & politik. Di atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau menulis kitab Bustanus Salatin (1638).



PERANG DENGAN BELANDA



Acheh hanya jatuh ke tangan Belanda pada awal kurun ke-20. Semangat jihad yg menyemarak di dada rakyat Acheh menyebabkan Belanda terpaksa membuat tektik "divide & rule" (pecah & perintah) dengan merasuah sebahagian hulubalang Acheh kerana tidak mungkin Acheh dapat ditewaskan dengan direct / conventional war.



ACHEH AKAN BANGKIT SEMULA




There is always blessing in disguise. Saya percaya ada hikmah yg besar di sebalik bencana tsunami yg melanda Acheh baru-baru ini. Mungkin ini suatu proses permulaan terhadap rebuilding semangat Islam Acheh yg dahulu. Jika Jepun berjaya bangkit dari bencana bom atom di Hiroshima & Nagasaki untuk menjadi kuasa ekonomi dunia, tidak mustahil Acheh juga akan bangun dari malapetaka ini untuk menjadi kuasa penyebaran Islam di Nusantara ini, kerana mereka punyai sejarah silam yang gemilang.



© Copyright reserved to Fatkurradzi Jamil

Comments

Popular posts from this blog

Negara Oman

Tak ada kesulitan sama sekali mengurus dokumen keimigrasian ke Oman terkesan sangat lancar dan mudah. Pekan terakhir Desember tahun lalu, saya dan delegasi dari Undip yang hendak melakukan negosiasi kerja sama akademik dan join-research dengan Sultan Qaboos University (SQU) di Muscat, Oman cukup berkomunikasi jarak jauh dengan pihak universitas. Hanya saling ber-email semuanya sudah beres. Oman termasuk negeri yang unik karena mempunyai dataran tinggi dan rendah dengan nuansa gurun plus pantai. Itu kombinasi landskap yang cantik. Kita bisa menikmati Taman Riyam di pinggir pantai bersama keluarga atau teman sambil menikmati kebab dan chicken tika, kopi Omani atau Mc Donald maupun Pizza. Ada tempat rekreasi pantai untuk publik di Marina Bandar Rowdha berdekatan dengan Marine Science and Fisheries Centre (Pusat Penelitian Perikanan Oman). Sebagai negeri gurun pasir, Oman dua musim, yaitu dingin dan panas.

Kisah Warga Pedalaman Keturunan Raja Ubiet

"Hanya Bisa Mengaji, Berobatpun dari Tanaman Hutan" Pagi menjelang siang di Pucuk Krueng Hitam atau Gunung Ijo. Kabut masih enggan beranjak, sehingga sinar matahari belum menembus ke permukaan tanah. Namun, geliat masyarakat pedalaman keturunan Raja Ubiet, telah beranjak menuju ladang yang merupakan satu-satunya mata pencaharian masyarakat setempat. Warga pedalaman keturunan Raja Ubiet pun terbiasa menikmati dan memanfaatkan hasil hutan, tetapi tidak merusak hutan, begitu kata mereka.Kesibukan pagi pun di mulai. Pihak laki-laki bekerja ke ladang, sementara sang perempuan disibukkan dengan pekerjaan rumah tangga, meski sesekali ikut membantu sang suami.

SEJARAH PERNYATAAN PERANG ACEH DENGAN BELANDA

Jika dibuka kembali sejarah perjalanan konflik Aceh, dapat disebut bahwa tanggal 26 Maret 1873 merupakan akar munculnya persoalan Aceh, yang masih terasa imbasnya sampai sekarang. Kerajaan Belanda melalui Nieuwenhuyzen, Komisaris Gubernemen Belanda mengeluarkan maklumat dan pernyataan perang terhadap kerajaan Aceh tepat tanggal 26 Maret 1873 di atas sebuah kapal perang Citadel van Antwerpen bersamaan dengan pendaratan perdana serdadu Belanda di sekitar Ulee Lhe, Banda Aceh. Pernyataan perang ini dikeluarkan karena kerajaan Aceh tidak mau tunduk di bawah dominasi Belanda, tidak mau melepaskan kewenangannya mengontrol selat malaka. Belanda bahkan menuding pejuang Aceh telah melakukan perompakan di selat Malaka tersebut, dan melakukan sabotase atas kapal-kapal dagang Belanda. Tak hanya itu, tindakan kerajaan Aceh membangun hubungan diplomatic dengan Kerajaan Turki serta dengan beberapa Negara lainnya seperti Perancis, Italia dan Amerika membuat kerajaan Belanda sangat marah dan mendorong